LENCANA SEKOLAH KAMI



Pengenalan
Lencana kami di sekolah-sekolah Convent Infant Jesus adalah lencana antarabangsa dan digunakan oleh pununtut-penuntut di negara-negara di kelima-lima benua seperti di Amerika syarikat, Perancis, Peru, Itali, Singapura, Sepanyol, England Ireland, Negara Thai , Jepun dan Malaysia. Lencana yang simbolik ini diguna  hingga hari.

 

SIMBOL-SIMBOL ISTIMEWA DAN BERMAKNA

Bahagian tengah lencana ini berwarna Merah dengan satu jalur perak yang mempunyai tepi emas. Warna merah melambangkan kasih Tuhan yang menyelubungi seluruh alam.

Di sebelah kanan ialah kitab Suci. Kepada mereka yang beragama Kristian , ia merupakan  kitab Injil; kepada mereka yang beragama Islam, Quran; kepada mereka yang beragama Hindu, Bhagavadgita; dan orang yang beragama Buddha , Dharamapada. Kitab Suci menjadi pemandu hidup kepada penganut-penganutnya dalam kepercayaan kepada Tuhan.  Di Malaysia ia diberi penekanan dalam prinsip pertama Rukunegara : " KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN." Manik-manik itu pula mengingatkan kepada kita tentang tugas kita pertama  terhadap Tuhan adalah MenembahNya.

 Di sebelah kiri ialah tiang rahat dan gelendong. Ia adalah lambang kerja yang dilakukan.

Di dalam melaksanakan  wawasan kami, kami berasa bangga dapat dijalinkan  hubungan yang mesra dengan ribuan kanak-kanak perempuan yang dari berlainan lapisan masyarakat, budaya, umur dan keturunan. Setiap Insan mempunyai peranan yang patut dimainkan agar dapat melahirkan sebuah dunia yang harmoni dan mulia.

Perisai yang di atasnya terletak Bintang emas dikelilingi oleh sekalung bunga marguerite dengan cogankata - "SIMPLE VIRTUE', STEADFAST IN DUTY'. Bintang adalah suatu cahaya gemilang yang memandu kita ke jalan yang benar bedasarkan lima prinsip Rukunegara:

1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
3. Keluhuran Perlembagaan.
4. Kedaulatan Undang-undang.
5. Kesopanan dan kesusilaan.

Cogankata kami ringkas tetapi mengandungi maksud yang dalam. Jujur dalam   kebajikan merupakan cara  berhadapan dengan Tuhan dengan penuh keyakinan dan kasih sayang. Ia membawa makna, amanah dan jujur terhadap orang lain supaya kita dapat hidup bersama dengan semangat kekeluargaan. Kejujuran ini berkehendakkan pengakuan kita tentang kesalahan-kesalahan kita sendiri dan kita perlu berusaha untuk menghapuskan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.

Tabah dalam kewajipan bererti menyedari bahawa kewajipan kita adalah berkhidmat untuk orang lain. Berkhidmat untuk orang lain ini menggunakan tenaga kerana ia diperlukan setiap hari dan setiap masa. Hanya  apabila seseorang itu mengenepikan kepentingan diri sendiri dan kecenderungannya, barulah ketabahan dalam kewajipan ini dapat kecapaian  sepenuhnya. Khidmat yang tiada batasan ini bermula dalam diri kita sendiri.

Kalungan bunga marguerite melambangkan kesucian dan kejujuran terhadap Tuhan, jiran tetangga dan alam.

Tidaka dapat dinafikan bahawa lencana anatarabangsa sekolah ini adalah lambang kemuliaan . Ia menunjukkan semangat penuntut-penuntut Convent Infant Jesus  dari seluruh  pelusuk dunia . Ia menggalakkan kami supaya meneruskan tradisi kebajikan dan kerja-kerja kebajikan nenek moyang kami.

Balik Ke Menu Utama